Wednesday 4 December 2013

Kisah Aku Seorang Pelukis Pelan

assalammualaikum wbt..

Bissmillahirahmannirahim. ni 1st posting aku dalam blog. wau, kini aku dah jadi seorang pelukis pelan cum blogger. masih jalan bertatih, hingus meleleh, itu lah tahap blogger aku. jujur sejujurnya, level aku takat sifar dalam dunia blog. tapi orang kata (bukan aku kata?), zaman sekarang nak maju dan mempromosikan diri, wajib ada blog peribadi, betul ke? jadi, aku pun ikut trend, tak mau ketinggalan LRT...hehe.

dah terkial-kial register blog, sekarang timbul serabut dalam otak karat aku ni, apa aku nak tulis dalam blog aku. aiseh, aku tulis intro tentang kisah aku seorang pelukis pelan boleh kut.. tajuk kasi gempag siket kan beb, isi nya nanti aku tak pasti..kehkeh! apapun, harap korang sudi paksakan diri terus continue membaca... macehhh..



Catatan 1

Sebaik abes study kat sebuah local u yang tak lah gah sangat (konon ayat rendah diri tahap gaban..kuang3) aku pun start melilau carik kerja. kebetulan time tu negara tengah alami kegawatan ekonomi, so.. memang agak susah sikit nak dapat kerja. jenuh picit button lif naik-turun office attend temuduga. nawaitu masa tu, janji dapat kerja apa pun jadilah. no demanding. kalu dapat keje pam tayar monorel pun, aku sanggup. last-last, datang rezeki aku. dapat keje kat publishing office. alhamdulillah! jawatan ditawarkan... junior technician cum grafik artis (ni yg official punya) cum tukang photostate cum macam2 lagi... hoho.



atas kesedaran untuk menambahbaik kerjaya, aku mengambil inisiatif sendiri dengan menghadiri kursus autocad pada waktu hujung minggu. agak penat juga berulangalik dari tempat tinggal di puchong ke kl selama 3 bulan. pernah satu masa ketika bulan puasa, aku hampir-hampir pitam bergayut kerana keletihan dan kepanasan akibat kepadatan penumpang dalam bas yang dinaiki. segala cabaran aku gagahi. akhirnya usaha aku berbaloi bila berjaya menamatkan kursus autoCAD dengan jayanya.

10 comments:

  1. postingnya sangat bermanfaat..terimakasih..

    ReplyDelete
  2. Salam encik blogger,

    Rasanya masih berpeluang cerah lagi kah untuk orang yang berumur lewat 20-an mencari kerja dengan berkemahiran autocad yang baru dimiliki? Berapa agaknya gaji yang bakal dapat?

    ReplyDelete
  3. salam, insyaAllah boleh cuba manatau ade rezeki dari Nya. kalau dalam bidang draftman/woman, biasa nya pecah pd junior, intermediate dgn senior. pohon ikut kesesuaian dgn pengalaman yg ada. kebiasannya, ikut pengalaman sy, masa interview, panel akan minta kita selesaikan satu tugasan simple, dari situ diorang boleh trace kemampuan autocad kita, di samping sijil autocad juga blh membantu. gaji juga ikut kelulusan dan pengalaman. juga dalam bidang apa. saya pernah kerja di firma arkitek suatu masa dulu. overtime kadang melebihi gaji pokok, memang lumayan, tapi kena bersedia dari segi mental n fizikal atas beban kerja serta mengejar due date utk submission.

    ReplyDelete
  4. harap2 junior entry ini boleh la dapat gaji RM 2000++ (kalau tmpt kerja bukan di tgh2 KL la)

    Kenapa perlu kejar masa? kerja yg diberi complex sgt ka?

    ReplyDelete
  5. mudah2an, amin.

    due date bermaksud pihak atasan atau client dah tetap kan tarikh bila diorang nak hasil kerja. bayangkan, kerja nak dibuat banyak, tapi client nak dalam masa singkat... bayangkan lagi, kerja yang patutnya hanya boleh siap 3 hari, client minta sehari, yang deal dengan client pihak lain, biasanya boss, salesperson atau pegawai atasan, diorang akan kata 'boleh, no problem' jer, sebab pentingkan income / closed project yang datang dari client tu. dah janji dulu dengan client, baru balik bincang dengan designer / draughtmens/womens.. nampak tak tekanan kerja di situ. tapi tak selalu lah situasi begini selalu terjadi, usah bimbang pula. lagi pun, bidang kerja apa pun, semuanya mempunyai cabaran kerjanya yang tersendiri, dan satu kepuasan pula jika kita dapat mengatasinya, apatah lagi jika dapat dari pujian pihak atasan dan klien.

    ReplyDelete